Saturday, 17 November 2012


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Oo Oo
Kosong kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong
Oo Ooo

Wednesday, 15 August 2012

salam.. sahabat tercinta..
korang sume ape kabar?? ceah harap korang sihat sentiasa...
sekejap sahaja kan tengok dah nak raya kan.. ceah nak raya ngn korang tpi apakan daya koz memerlukan dua tahun lagi tuk kita berjumpa,.. hehe
kalau korang nak tahu.. dkat kedah kitaorang makan nasi himpit dengan ketupan n masak rendang masa hari raya.. gambarnya ada kat bawah neh..

ini lah rendang ayam..


rendang daging..
nasi himpit...

ketupat.. :)

ceah harap korang bahagia di samping keluarga tercinta raya neh.. jangan lupa nanti kol or mesej ceah hari raya neh... semoga persahabatan kita berkekalan.. ceah nak sangat law ada peluang kita raya sekali.. tpi masa dan keadaan menetukan...

ceah rindu time kita bersama neh kan...  
inilah ceah sekarang..  cuba belajar hidup di ptss walaupun sukar ceah tetap tersenyum..
harap korang sume happy selalu.. jangan lupakan ceah disini..
sekian coretan dari ceah..
selamat hari raya aidilfitri..
maaf zahir dan batin..
yang benar..
strawbery (ceah)..

bila tiba hr raya.... ;)



yg ni...akn dihidangkn msa raya nti...ahaks....hmm...xsbr rasenya....










mknana ni lh aq duk mngidam smpai skunk...ntah jmpe ke x??hrp2 jmpe lh msa raya nti...nasi dagang...oh nasi dagang.....:p






yg ni pulak...mkanan yg ad dkt tmpt yana....ni pun kalo ad dpn mata aq skunk, aq sapu jer....
 
 ni baju raya aq..kedut r...sbb aq xde dkt umah lg...kalo aq dh ad dkt umah...confirm baju aq dh xberkedut dh.... :p








tp,seruislh...dgn bdk ni jgk aq nk raya...tp, nk buat mcm mna.. msa xmngizinkn lg....bila dh tiba nti...aq n yana lh org yg pertama yg paling syOk n happy kali... :D





pejam celik, pejam celik xlma lg dh nk raya...hmm...dh xlma dh....skunk ni...mna2 jer aq pergi, telinga aq asyik duk dgr lagu raya jer...smpaikn org dlm bilik aq pn pasang lagu raya bai...ish3...smgt benar dyeorg nk beraya...aq,mstilh smgt...duk jaOh dr famly...xkn xsmgt kut....tp,sblm balik tu borink r....sbb 2 hr...direct xde class der...nk balek awl2 tiket bas dh beli..kcuali si yana ni...xpe r umah dye dkt...dye balik pn ayh dye mai amik...nk balik, bila2 msa jer pn blh....tp,seriously aq ckp...taOn ni, aq mcm dh xde smgt nk raya...aq ingt, blh raya dgn ceah lps cuti dr mid-sem ni...tp x... :'( sob2...nmpknya, aq raya dgn yana jer lh...tp serius...yg aq tau..raya ni, aq nk melantak mkn nasi dagang..tu jer....baju raya aq, yg aq tau 2 psg jer...satu wrna kelabu, satu lg, aq xtau wrna ap....kah3...sbb mk aq yg jahit...aq xtau ap2...keh3...kdg2 aq contact dye pn aq xtnya..lupa...ye lh..assigment byk giler kOwt...serius aq blh ckp, aq raya dgn assigment taOn ni....ahaks...adui...mcm mna aq nk handel smua ni.....atoto....tp, aq sedih r...aq xdpt raya dkt kg mk aq bai...ayh aq kerja...hua!!!!!!!!!nk nangis...aq dh lma kut xjmpe spupu aq.........tp, untunglh dkt kwn2 yg 4 Owg ni...blh balik kg dyeorg...yg sorang tu, untunglh dpt jmpe buah aty...n kpd kwn aq yg 3 Owg lg tu, untung r sbb dpt jmpe saudara mara korang, yg korang syg tu...tp, ni aq nk tnjukkn baju raya aq n mknan tradisi ktaowg msa pg raya...dkt tmpt aq mmg juadah pd pagi raya, slain drpd nasi dagang, ketupat, rendang n sate mmg wajib ad..tiap2 taOn..ok..yg kedah n johor tu aq xtau ap juadah pd pagi raya yg kOwang patut ad...hmm...ok...sbnrnye, aq bkn jer kmpunan nk mkn nasi dagang jer...tp, sotO....sO aq bg tau dkt mk aq, sOh dye buatkn...dye ckp dye busy pulak...sO, aq lh yg kna buat....tnggu jer lh aq balik nti...xlme dh pOn.....Ok...xpelh...smpai sni jer ye...nti aq pOst bnda laen pulak...kpd sape2 yg t'baca Akatsuki blog ni, hOpe kOwg enjOy yup....^___^

aq wakil dr blog ni ingin mngucapkn....
jgn nakal2 n jgn maen mercun...nti kelak memakan diri....lps ni nk kn ap,mkn lh..mlantak lh kOrunk puas2....hehehe.... ^___^

Friday, 3 August 2012



dh lama xupdate dkt blog ni...xtau nk tulis ap...cewah,mcm aq nk tulis cerpen aq lh pulak...adui, assigment makin lma,makin byk der...stress kteorg dibuatnya...nk nangis pn ad....tp,aq kalau nk hilangkn tension,aq n yana suka duk dkt tasik dkt poli kami...rasa tenang der...hilang smua msalah....nasib baek bln puasa...yg hnya aq blh kata, sabar jelah...aq n yana duk dkt PSIS dh hilang semangat sjk salah satu dr ahli group ktaorg telah bertukar ke politeknik laen...sedih bai...ibarat separuh dr semangat aq n yana hilang dibawa oleh ceah...ceah!!!!!!!!!aq n yana rindu giler dkt ko...aq rsa mcm tk nk duk jer dkt PSIS ni....tp, demi diploma, aq kna teruskn jgk...xlma lg, cuti akn bermula...ahaks! cuti raya bai...xsabar2 nk jmpa family...yg aq hrp satu jer time raya nanti, aq cma nk mkn nasi dagang jer...aduhai,mcm ni lh hidup di perantauan...susahlh nk cari nsi dagang dkt selangor ni..nasi ambeng adalh...nilah nasib ank pantai timur. aq kalau ad cuti pn, aq lepak umah yana... kalaulah ceah ad dkt PSIS, xlh sunyi...blh lh aq, yana, daus n arip dgr ceah gelak n hiburkn aty ktaowg... biasanya ktaowg akn lepak dkt sg.besar....dkt kedai mamak mkn roti canai...tu aq, tp kalo ceah, capati n tosai lh dia sapu...aq roti canai 2 kpg n tiramisu coffee aq sapu, amboi...awal2 pg lg dh mkn tiramisu coffee...yg laen aq xtau...aq kalo dh mkn, aq bedal jer...xingt owg laen dh...ap2 jelh aq ni...oklh...kalo aq nk citer pn pnjg berjela2..smpai esk pn xabes...4 ceah...aq hrp ko sbr ea duk dkt sna...wlaupon ko jauh dr ktaowg, tp ko sntiasa di aty ktaowg...

Thursday, 5 July 2012

cerpen najwa


EPISOD 3
Waktu tengahari menjelang tiba. Pn. Salmah mengemas bekas kuihnya dan meja untuk dibawa pulang. Begitulah rutin hariannya jika khidmatnya tidak diperlukan dikilang pada waktu siang. Jika khidmatnya, diperlukan, Pn. Salmah menghantar kuihnya digerai berhampiran dengan tempat kerjanya. Begitulah rutin hariannya untuk menyara tiga anaknya yang masih belajar.

“Alhamdulillah, habis jugak kuih2 aku hari ni, terima kasih Ya Allah” ucap Pn. Salmah.

“Sudah tengahari, nanti Syasya dan Ikmal pulang dari sekolah” ujar Pn. Salmah dalam hati.

KRINGGG!!!!
Loceng berbunyi tanda waktu pulang. Syasya segera keluar dari kelas. Setelah melihat Syasya keluar, Ash pun segera mengejar Syasya.

“Syasya!!! Syasya!!! Aduh, penat betol lah aku kejar budak sorang ni.” rungut Ash.

“Syasya!!! Tunggulah aku!!!’ jerit Ash.

Ash berlari mendapatkan Syasya, lantas menyentap tangan Syasya dengan pantasnya.

“Eh, sakitlah!!!” kata Syasya.

Dia cuba melepaskan tangannya yang dicengkam oleh Ash, namun tidak berjaya.

“Sya, cuba bagi tau aku, apa salah aku? Aku ada buat salah dengan kau ke?” tanya Ash lagi.

Syasya terus diam dan membisu. Syasya mula tidak dapat mengawal perasaannya, mula menangis. Ash mula menggelabah tidak tau nak buat apa lagi lalu melepaskan genggamannya.

“Alamak, menangislah pulak. Apa aku nak buat ni?” desis Ash.

“Jom ikut aku” kata Ash.

Ash menarik tangan Syasya, lalu membawanya ke suatu tempat di taman rekreasi yang terletak dikawasan berhampiran sekolah mereka. Ash sengaja memilih tempat yang agak tersorok sedikit. Syasya masih lagi menangis.

“Sya, kenapa dengan kau ni? Dari tadi lagi aku tengok kau diam jer. Masa rehat pun aku tak Nampak kau ke kantin pun.” kata Ash.

“Tak ada apa2 Ash, aku nak balik” kata Syasya.

“Mana boleh tak ada apa2. Cuba kau bg tau apa mslh kau? Manalh tau aku blh tlong? Ni, kau dh mkn blom?” tanya Ash.

Syasya menekup mukanya, lalu menangis. Ash menggelabah lagi.

“Sya, jgnlah nangis lg. cuba kau cerita dkt aku, apa mslh kau?’ tanya Ash.

Ash mengesat air mata Syasya yang berlinangan dipipinya. Hatinya mula rasa ingin tahu apa yang dialami oleh gadis itu. Semenjak dia mengenali Syasya, dia tidak pernah tahu latar belakang tenteng gadis itu. Dia menganggap gadis itu bukan sebagai kawan biasa, namun, dia lebih menganggap gadis itu lebih dari seorang kawan. Baginya, Syasya itu adlh seorg gadis yg begitu istimewa bgnya.

“Semalam mk n ayah aku bergaduh, dia mintak duit dgn mk aku, tapi mak aku tak kasi. Bila diaorang bergaduh aku dan abang aku cuba leraikan, tapi aku pulak yang jadi mangsa. Tapi, aku tak kisah. Asalkn mak aku tak apa2 sudah.” kata Syasya dengan selamba.

“Kenapa ayah kau mintak duit dengan mak kau?” tanya Ash.

“Ayah aku penagih dadah. Dia jadikan aku, mak dan adik aku sebagai sasaran. Kalau abang aku ada mungkin aku, mak dan adik aku selamat. Mungkin.” kata Syasya.

“Boleh aku tau, kenapa ayah kau boleh jadi macam ni?” tanya Ash.

“Ayah aku dibuang kerja pada tahun lepas, kilang tempat dia bekerja mengalami masalah kegawatan ekonomi, Ash. Dia ambil jalan mudah, dia ambil dadah semata-mata nak hilangkan tekanan. Tapi, dia tak fikir yang dia telah pilih jalan yang salah. Dia tak pernah fikir langsung nak cari kerja lain, yng dia tahu, nak duit, hisap dadah. Balik rumah, kalau tak ada makanan bawah tudung saji tu, kau faham2 je lah. Dia… aku BENCI dia Ash!!!” kata Syasya dengan sebak.

Dia tidak dapat meneruskan kata2 nya lagi. Hati Syasya sebak. Dia mula membenci ayahnya. Saying bertukar mnjadi dendam n benci. Dendam n benci mula mnguasai diri Syasya.

“Sya… sabar. Aku tahu apa yang kau rasa sekarang ni. Dah, sekarang, apa kata kau ikut aku.” ajak Ash.

“Pergi mana?” tanya Syasya.

“Jom, ikut aku pergi makan. Aku dah lapar ni.” kata Ash.

“Ish, tak nak lah. Aku…tak ada duit.” kata Syasya.


Ketika direstoran, Ash cuba mngorek rahsia Syasya kerana selama ini dia tdk pernah tahu tentang latar belakang dan masalah yang dialami oleh Syasya.

“Sya, dah lama lah ayah kau macam ni?” tanya ash.

“Tahun lpas, sblm ni, kalau ada masalah pun dia xakan mngamuk depan mak,adik n
abang aku. Dia pendam je sorang2. Dia xkn cte ap2 pn masalah yg blaku dkt tmpt kerja dia. Tp, tiba2 suatu hari, aku t’dengar perbualan antara dia n mak aku. Masa tu baru aku dpt tahu yg dia dh xbekerja lg.” kata Syasya.

“Kenapa selama ni kau xpernah pun cte dkt aku?” tanya Ash.

“Aku saja xnak cte dkt org apa masalah aku. Aku xnak orang tahu apa masalah aku. Aku xnak lah, nanti orang kata apa pulak, nak mintak simpatilah, apalah, macam2. Anyway, sebab tu aku tunjuk yg aku happy je depan sape2 pun.” kata Syasya seperti tiada apa2 yg berlaku.

“Habis tu diaorg mcam mna? Mak kau, adik kau, abang kau?”

Syasya terdiam. Hatinya mula sebak. Dia menahan sedih agar air matanya tidak t’keluar, namun dia gagal.

“Sya, kau jgn nangis. Ok2, aku mintak maaf, ok? Janganlah. Ni tempat awam. Sorry2.. aku sepatutnya xtanya soalan yg sensitive mcm tu dekat kau.” kata Ash.

Ash menghulurkn sapu tangannya kpd Syasya. Ash menenangkn Syasya yg masih b’sedih. Ikutkn hatinya, ingin saja Ash memeluk gadis itu supaya tenang didalam dakapannya.

“Nah, ambil. Kesat air mata kau tu. Ok, terus teranglah, sejak aku kenal kau, aku memang tak pernah tengok kau sedih. Seriously aku bg tau kau, aku tak pernah pun tengok kau mcm ni.” kata Ash dengan b’sungguh2.

“Dahlah, kau ni, aku tgh sedih, blh kau buat lawak bodoh pulak. Dahlah, aku nak makan. Aku lapar giler ni.” kata Syasya.

“Ha…mcm nilah aku nak tgk, happy jer slalu. Taklah moody mcm td. Nak tegur pn takut” kata Ash.

“Yalah, aku mengaku, muka aku tadi macam singa nak telan orang” sindir Syasya.

“Beb, aku gurau je.” kata Ash.

“Ala kau ni, sensitive sangatlah. Aku gurau je. Adui, sengal tahap cipanlh kau ni.” kata Syasya.

Pn. Salmah begitu gelisah sekali kerana Syasya masih belum pulang dr sekolah. Amir ketika itu yg baru pulang dr kuliah berasa pelik kerana dia xpernah mlihat maknya gelisah sebegitu.

“Assalamualaikum” ucap Amir lalu menyalami n mencium pipi maknya.

“Waalaikumussalam, lewat kamu pulang hari ni, Amir?” tanya Pn. Salmah.

“Amir kena buat projek secara b’kmpuln mak, sebab tu Amir balik lambat sikit. Mak, kenapa mak nmpk gelisah semcm jer? Syasya dgn Ikmal mana?” tanya Amir.

“Hari dh lewat ptg, Amir, adik kamu, Syasya, masih belum pulang lagi.” kata Pn. Salmah.

“Hah, belum pulang lg? Dh dekat pukul 6 ni. Mak, Ikmal mana? Ikmal, Ikmal…” panggil Amir.

“Ya bang. Ada apa?” tanya Ikmal.

“Kakak mana, bukan ke korang balik sama2 ke tadi?” tanya Amir.

“Dia ada kelaslah tu, ataupun study group dgn kwn2 dia. Akak kn nk SPM thn ni.” kata Ikmal krn ingin mnyedapkn hati mak n abgnya.

Ash memrhatikn Syasya yg mkn dgn begitu lahap skali. Dia mnyukai gadis itu sejak dia mula2 mnjejakkn kaki ke sklh itu. Dia mnaruh hrpn kpd Syasya. Ash tdk berani memberitahu perasaannya t’hdp Syasya. Dia hnya mampu memendam rasa thdp Syasya.

“Sya…” panggil Ash.

“Yap…” jawab Syasya.

“Mcm nilh, happy jer slalu. Jarang tau aku nak tengok kau happy mcm ni.” kata Ash.

“Alah, kau ni, xpayah nak duk loyar buruk sgtlh dgn aku, dahlah, aku nak mkn.” kata Syasya.

“Sya, aku tgk bila kau senyum, kau makin cantiklah.” kata Ash.

“Yalah tu, cantiklah sgtkn” peril Syasya.

“Eh, aku ikhlas puji kau tau tak, bukan perli2 erk.” kata Ash.

“Alamak… beb, aq nk blah dlulh, dh lewat ni. nanti mak aku bimbang pulak. Ok, bye.” kata Syasya.

Ketika Syasya ingin melangkah pergi, tiba2 kepalanya berasa sakit. Syasya mulai rasa hendak pitam. Langkahnya mula perlahan, pandangannya mula kabur n gelap.

Pn. Salmah masih tdk duduk diam. Malam hmpir tiba. Dia mula resah. Dr ptg td lg Pn. Salmah berjalan ke sana kemari. Amir juga mulai resah meliha keadaan emaknya itu.

“Mak, duduklah dulu. Nanti Syasya baliklah.” kata Amir.

“Yalah mak. Tingkahlaku mak pun dh buat kitaorang rungsing ni.” kata Ikmal

“Dahlah, mak nak sambung buat kuih. Mak ke dapur dulu. Kalau ada apa2 panggil mak.” kata Pn. Salmah lalu pergi.

“Yalah.” kata Amir.

“Eh, Ikmal, betul ke kakak ada kelas tambahan?” tanya Amir

“Entahlah. Ikmal pn xtau. Tp, Ikmal tengok, bdk2 kelas dia keluar awal td. Kenapa bang?”

“Selama ni, Ikmal tau xkakak berkwn dgn siapa?” tanya Amir.

“Ala bang, selaman ni diaorg ni dh mcm belangkas. Ke sana ke mari. Kalau abg tgk, mcm psngn merpati dua sejoli dh.berkepit je. Kalau abg tgk, fuhhh!!!” kata Ikmal dgn teruja.

“Wei, abg ckp psal kakak, ni psal siapa pulak yg kamu ckp ni?” tnya Amir kehairanan.

“Atoto...abg ni, psal siapa lg, akaklah. Abg ni mmg btol2 loadinglah.” kata Ikmal lalu mnepuk dahinya.

“Kakak? Eh, Ikmal biar betul. Abg xpercayalh. Akak mna ada boyfriend. Ada2 jelah. Tak baik tau buat andaian sndiri” kata Amir.

“Betullah bang. Adik xbuat andaian sndiri. Adik nmpk dgn mta kpala adik sndiri. Buat apa adik nk tipu. Diaorg tu mmg kwn jer. Teman tp mesra. Tp, rmai bdk2 dkt sklh anggap diaorg mcm psangn couple. Abg tau x?” kata Ikmal sambil mngangkat kedua2 keningnya.

“Eh, diaorg tu mmg rapat ke?” tanya Amir lg.

“Adui, abg ni. Kalau dh mcm belangkas, xke rapat nmanya.” Kata Ikmal lg.

“Ayah, jgn pukul mak!!!” rayu Syasya.

“Kau binatang, jgn masuk campur urusan aku!!!” tengking Azman.

“Woi, sial!!! Kalau kau binatang, aku, mak, adik, n abang aku pun binatang!!! Sebab
aku n diaorang isteri n anak2 kau!!! Bodoh!!!” tukas Syasya.

“Apa kau cakap? Hah!!! Ulang sekali lg.” tengking Azman.

“Aku kata, kalau aku dgn diaorg binatang, kau pun binatang jugak, sebab aku n diaorang isteri n anak2 kau!!! Bodoh!!!” tengking Syasya.

“Tak guna!!!” tengking Azman

Azman bagaikn dirasuk lalu mengambil pisau dan ingin mnghunuskn ke perut Syasya. Tetapi, Pn. Salmah terus bangun n menolak Syasya. Pisau itu terkena tepat pada perut Pn. Salmah. Perut Pn. Salmah berlumuran darah.

“Mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Syasya.

“Mak, bangun mak. Jgn tinggalkn Syasya mak. Syasya masih perlukn mak.” lirih Syasya.

Belum sempat Pn. Salmah membuka mulutnya utk bersuara, dia telah menghadap Ilahi.

“Mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Syasya dengan sekuat hati.

“Mak!!!! Jgn tinggalkn Syasya!!! Mak!!!! Mak!!!!” jeritan Syasya bagaikn terkena hysteria.

“Sya… Sya… bangun, kau mngigaulh.” kata Ash sambil mngoncang-goncangkn bahunya.

Apabila Syasya membuka matanya, dia merasakn bahawa dia b’ada di tmpt yg asing sekali. Baju yg dipakainya bkn lg pakaian sekolah. Namun, sepasang baju berwarna putih. Di hadapannya, dia melihat wajah seseorg yg amat dikenalinya. Dan seorang lagi pemuda yg b’usia dlm lingkungan awal 40-an yg tdk dikenalinya juga b’ada didpn mtanya. Dia memegang kepalanya yg masih sakit itu.

“Eh, sy ada dkt mna ni? Pakcik ni siapa pulak? Ash, aku ada dkt mna ni? Mcm mna aku
blh ada dkt sini? Eh, aku nak baliklah. Nanti mak aku bising pulak.” Syasya bingkas bangun turun dr katil tp ditahan oleh pemuda yg berusia dlm lingungan 40-an itu.

“Kamu nk ke mana tu, rehat dulu. Kamu masih peningkan? tanya pemuda yg berusia dlm lingungan 40-an itu.

“Pak cik, tlglh, sy nk balik. Saya takut ada org yg akn apa2kn mak saya. Pak cik!!! Tolonglah lepaskn saya. Sy nk baliklah!!! Pak cik!!! Ash, suruh pak cik ni lpskn aku. Aku nak baliklah!!!” jerit Syasya yg bagaikn terkena hysteria itu.

“Sya… bawa bertenang. Sekarang kau ada dekat hospital. Kau pengsan tadi. Kebetulan papa aku lalu dekat situ tadi. Dia yg bawak kau kesini.” Ash cuba menenangkn Syasya.

“Ash!!! aku nk baliklah. Mak, mak aku, aku takut ayah aku apa2kn mak aku.” kata Syasya.

“Sya, kau mimpilh td, ok, mcm nilah. Aku jamin mak kau tak apa2.

“Tak2, kau tipu aku. Tak kira apa nk jadi, jadilah. Aku nk balik!!!” tukas Syasya.

Ash tidak berdaya lg utk menahan Syasya, dia terpaksa meminta pertolongan drpd papanya. Walaupun pelbagai alasan yg telah diberikn Syasya meronta-ronta mintak dilepaskn. Jeritannya juga boleh didengari semua jururawat n penghuni yg berada di dlm wad itu. En. Zulkifli tiada pilihan lain, lalu mengangkat Syasya n meletakknnya diatas katil lalu memanggil doktor. Syasya diberi suntikan supaya Syasya bertenang. Mata Syasya mulai layu dan akhirnya dia tertidur.

“Doktor, mcm mna dgn keadaan dia?” tanya Ash.

“Boleh sy tahu, kenapa dgn dahi dia?” tanya doktor itu.

“Dia, kena pukul. Doktor, mcm mna dgn keadaan dia doktor?” tanya Ash lg.

“Dia tak ada apa2, Cuma jgn bg terlalu byk tekanan kpdnya. Blh sy tahu apa msalah dia?

“Ash, mesti kamu tahu ap yg dh b’laku pd dia, baik kamu ceritakn pd kami hal yg sbnrnya.” Kata En. Zulkifli.

Ash tdk blh berahsia lg. Ash terpaksa mnceritakn perkara yg sbnrnya. En. Zulkifli n doktor tersebut terkejut dgn cerita Ash. Ash sebenarnya tdk mahu mnceritakn mslh Syasya kpd sesiapa pun termasuk ayahnya. Tetapi keadaan memaksa Ash mnceritakn perkara yg sebenarnya.

“Takkan smpai mcm tu skali?” tanya En. Zulkifli.

“Betullah papa. Takkan Ash nk tipu papa. Apa yg Ash dpt kalau Ash tipu papa? Habis tu mcm mana sekarang ni papa?” tanya Ash.

“Macam nilah, sekarang ni mungkin keluarganya tgh risau, kamu tahu rumah dia dkt mna?” tanya En. Zulkifli.

‘Alamak, apa aku nk ckap ni, spnjang aku kenal dgn si Syasya ni, xpernah pun dia mnceritakn hal kluarga dia. Hal peribadi dia pun aku xpernah ambik tau. Aku bknnya apa, xnaklh org kata aku ni busybody. Apa aku nk jawab ni?’ desis hati Ash.

“Ash, apa yg kamu menungkn tu? Papa tnya kamu ni, kamu tahu ke dkt mna rumah Syasya?” tanya En. Zulkifli.

“Maaf pa, Ash xtau. Cuba papa tnya nurse yg mnguruskn Syasya. Sumpah Ash xtau. Sepanjang Ash kenal Syasya, dia xpernah pun mnceritakn tentang latar belakang keluarganya. Cuma yg Ash tahu, Syasya ada seorg adik yg satu sekolah dgn kami.” kata Ash.

“Kalau mcm tu, kamu tunggu Syasya dkt sini. Papa nk pergi tnya nurse dlu. Papa nk ambil mereka. Tlg tengok2kn Syasya.” kata En. Zulkifli.

“Ok pa.” balas Ash.

Setelah En. Zulkifli mndptkn mklumat yg telah dingini, dia terus pergi. Ash kembali smula ke tmpt Syasya. Dia merenung muka gadis itu dgn sedalam-dalamnya. Dia merasa kesal kerana baru sekarang dia mngetahiu masalah gadis tersebut. Dia mula berasa marah. Marah dgn dirinya. Benci mula menguasai dirinya. Jika dia tahu ap yg dialami oleh gadis malang itu, sudah tentu dia menolong apa yg patut. Pada masa yg sama, dia mula mnyanyangi gadis malang itu lebih dr dirnya sendiri.

cerpen najwa

EPISOD 2
Daniel sengaja bangun awal kerana ingin menolong Mak jah apa yang patut. Ash pagi-pagi lagi telah keluar untuk bersenam di kawasan rumahnya. Pada mulanya, Mak Jah tidak membenarkan Daniel menolongnya, tetapi Mak Jah akur. Mak Jah menyuruh Daniel mengemas stor yang sudah terbiar lama di bawah kaki tangga banglo itu. Daniel mengemas apa yang patut. Tiba-tiba salah satu daripada kotak itu terjatuh dan Daniel melihat gambar-gambar lama dan sebuah diari lama yang ada didalam kotak itu. Didalam gambar itu terdapat seorang budak lelaki, yang muka seakan-akan mirip dengannya dan seorang budak perempuan. Dia membuka diari tersebut.

“Gambar siapa pulak ni? Syasya? Siapa Syasya?” desus hati Daniel.

“Mak Jah…Mak Jah…mana Mak Jah ni? omel Daniel.

“Daniel cari Mak Jah ke? Papa suruh Pak Mat hantar Mak Jah ke pasar sekejap. Daniel…” belum lagi Ash menghabiskan ayatnya, Daniel telah memotong.

“Apa makna semua ni papa? Siapa Syasya yang papa puja-puja selama ni?” tanya Daniel lalu melemparkan gambar-gambar serta diari itu keatas meja.

“Mana Daniel dapat semua ni?” tanya Ash.

“Takkan papa dah lupa kut mana papa letak semua ni?’ tanya Daniel.

“Betul Daniel nak tahu semua ni? Baiklah, papa akan beritahu siapa sebenarnya Syasya. Dia ialah orang yang pertama muncul dalam hidup papa sebelum mama Daniel muncul.” kata Ash.

TAHUN 1981 
Loceng berbunyi menunjukkan waktu pulang telah tiba. Kelihatan seorang gadis keluar dari kelas 5 Sains 1 keluar. Dirinya berjalan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Syasya… Syasya…tunggu lah aku…” jerit Ash sambil berlari-lari anak.

“Eh, Ash kau rupanya..” kata Syasya sambil tersenyum.

“Kau ni laju-laju nak kemana?” Tanya Ash.

“Nak balik lah...nak kemana lagi…” kata Syasya

“Jom, aku hantar kau balik…nak?” ajak Ash

“Hah…” tercengang Syasya sebentar.

“ Apa hah..hah..jom lah aku hantar kau balik..” kata Ash lalu menarik tangan Syasya.

“Oit-oit…kejap-kejap…ni yang aku tak suka ni..” kata Syasya sambil matanya melirik ke muka dan tangan Ash.

“Opss…sorry…sorry…aku tak sengaja…aku tak sengaja..” kata Ash lalu melepaskan tangannya.

Syasya diam.Lalu berjalan meninggalkan Ash terkontang-kanting keseorangan di belakang. Daniel mengejar Syasya sambil memanggil namanya.

“Syasya… Syasya…tunggu lah aku… Syasya…”jerit Ash. 

Apabila sampai disbelah Syasya…masing-masing diam seribu bahasa. Tak lama kemudian, Ash pun bersuara.

“ Ala, aku bukannya sengaja pun..sorry la Syasya..sorry ok..sorry..”kata Ash sambil tersenyum.

“Dah la…aku dah lambat ni..aku blah dulu lah…” kata Syasya lalu pergi.

“Eh…rileks lah dulu..kau ni tergesa-gesa nak ke mana?” tanya Ash sambil mengejar Syasya.

“La…kemana lagi…balik lah…” kata Syasya.

“Wei…Sya..lepak lah dulu…” ajak Ash.

“Malaslah beb..aku nak balik,rehat,nak siapkan homework,lepas tu nak study…”kata 
Syasya sambil tersenyum.

“Ok lah kalau macam tu..baik lah..wait the minute..betul ni?” tanya Ash

“Hahaha…wei beb...sejak bila pulak kau terlebih risau ni?” kata Syasya sambil ketawa.

“Ya ke?” tanya Ash kehairanan.

“Ya la..” kata Syasya.

“Jangan dia perasan sudah lah yang aku ni syok dekat dia..Eh.. Ash..stop it..dia tak kan perasan lah..buat biasa…buat biasa…buat macam tak ada apa-apa..alah..buat macam sebelum-sebelum ni..” kata Ash dalam hati.

“Ash..Ash..Ash…”panggil Syasya sambil melambaikan kedua-dua tangannya dihadapan muka Ash

“Eh..sejak bila pulak mamat ni suka berangan sorang-sorang?” Tanya Syasya kehairanan.

“Hoi Ash..kau ni sejak bila pandai berangan ni..hah??” sergah Syasya sambil menepuk bahu Ash dengan buku-buku yang dibimbitnya itu..

Ash tersentak dari lamunannya

“Hah…mana-mana??” tanya Ash kehairanan..

“Hahaha…mana-mana???apa yang mana-mana??? Ash…kau ni kenapa???sejak bila pandai berangan ni???” tanya Syasya kehairanan.

“Mana ada aku berangan…” kata Ash.

“Ya lah tu..cakap je lah yang kau tu kuat berangan…” kata Syasya

“Hoi…kau ni ada-ada je lah…” dalih Ash

“Lain kali, kalau nak berangan…ajak aku sekali, jangan duk berangan sorang-sorang…ish, kau ni…ni yang aku tak suka ni…” kata Syasya.

“Hah..kau pun kuat berangan…ei..budak ni…kata dekat orang kuat berangan…dia tu…” peril Ash

“Amboi..heh…beb..aku bukan macam kau, jenis kuat berangan..apa celop lah kau ni…”kata Syasya sambil membuka zip beg sekolahnya lalu mengeluarkan sebungkus 
coklat dari beg sekolahnya itu..

“Alah…apa celop lah sangat kan” peril Ash

“Eh, betul apa yang aku cakapkan ni?” kata Syasya lalu mengoyakkan kulit coklat tersebut dan memakannya.

“Betul lah sangat kan..” kata Ash lalu merampas coklat yang berada di tangan Syasya, lalu memakannya.

“Beb…itu coklat aku lah…kalau nak, beli sendirilah..” kata Syasya sambil mengejar Ash.

“Kau tu, kalau makan tak ingat dunia…ni, aku yang ada dekat sebelah kau pun tak tahu-tahu nak offer ke?” peril Ash sambil berlari.

“Woi…beb…bagi lah balik coklat aku…” jerit Syasya sambil mengejar Ash.

“Tak nak…” kata Ash sambil berlari.

“Assalamualaikum …” ucap Amir ketika masuk ke dalam rumah dan bersalaman
dengan maknya.

“Waalaikumussalam…eh Amir, awal kamu pulang hari ni?” tanya Pn.Salmah kehairanan

“Hari ni kelas habis awal mak…” kata Amir lalu duduk dan sambil matanya melilau 
keadaan sekeliling ruang tamunya.

“Sunyi je rumah ni…mana semua orang mak? Syasya mana mak?Ikmal? Belum pulang dari sekolah lagi ke?” tanya Amir

“Ikmal dah pulang tadi…dia ke kedai sekejap…Syasya belum lagi…ada kelas lah tu agaknya” ujar Pn.Salmah.

“Ada kelas? Sekarang ni dah pukul berapa mak? Dah pukul 3 ni…” kata Amir sambil melihat jam di tangan kanannya.

“Faham-faham je lah Amir…tahun ni adik kamu nak SPM” kata Pn. Salmah.

“Assalamualaikum …” ucap Ikmal setalah pulang dari kedai.

“Waalaikumussalam…”jawab Amir dan Pn.Salmah.

“Eh, awal abang Amir balik hari ni?” tanya Ikmal lalu bersalaman dengan abangnya 
dan duduk disebelah abangnya.

“Abang habis kelas awal hari ni. Ikmal maca mana sekolah hari ni? Ok?” tanya Amir.

“Isk…apa yang tak ok nya…ok la…” jawab Ikmal yang akan menduduki peperiksaan 
PMR pada tahun ini.

“Eh, kakak mana?” tanya Ikmal.

“Entah lah…mak kata dia ada kelas hari ni…betul ke?” tanya Amir 

“Hah? Kelas?” tanya Ikmal kehairanan.

“Kenapa pulak?” tanya Amir 

“Tadi, Ikmal tengok semua kawan-kawan yang satu kelas dengan dia keluar awal. 

"Kenapa abang?” tanya Ikmal kehairanan.

“Tak ada apa-apa.. Eh, Ikmal dah makan ke belum? Abang lapar lah…” kata Amir sambil mengosok-gosokkan perutnya.

“Ikmal dah makan tadi… Kalau abang nak makan, pergi je dekat dapur tu ha…mak dah masak tadi” kata Ikmal dengan muka selambanya.

“Ye lah…” kata Amir lalu ke dapur.

“Assalamualaikum…mak, Syasya dah balik.” kata Syasya.

“Waalaikumussalam…Syasya, lewat kamu balik hari ni?” tanya Pn. Salmah.

“Jalan jem lah tadi mak. Bas pun lambat, jalan kaki je lah.” kata Syasya.

“Kamu dah makan?” tanya Pn. Salmah.

“Belumlah mak, lapar ni.” rengek Syasya.

“Dah, tak payah lah kau nak merengek dekat mak tu, jom makan, nasi pun dah ada 
depan mata, abang dah hidangkan.” kata Amir.

“Ya lah. Ok lah mak, Syasya makan dulu, mak dah makan?” tanya Syasya.

“Dah, Syasya makanlah dengan abang Amir tu ya, pergi makan, abang dah tunggu tu.” kata Pn. Salmah.

“Baik, mak” kata Syasya.

Syasya duduk dihadapan meja tulisnya sambil membelek-belek buku rujukan sejarahnya. Dia mula merasa tidak selesa dan kepalanya mula sakit. Dia mulai resah. Syasya mula berasa bengang lalu menutup bukunya dan menghempas buku itu keatas meja.

“Arrgghh!!! Bengang betul!! Dari tadi lagi aku baca buku ni, tak jugak masuk-masuk!!! Ish, sakit gila kepala aku, kenapa kau tak pecah je” marah Syasya.

“Hoi, Sya, yang kau nak marah-marah ni kenapa? Bising lah, kau tau tak? Macam kau sorang jer nak study, aku dengan pun nak study nak study jugak ” kata Amir.

“Ni ha, abang, dari tadi lagi Syasya baca buku ni, tak masuk-masuk pun!!! Dah nak meletup kepala ni ha!!! Abang tau tak!!!” marah Syasya.

“Aku tak tanya pun kenapa kepala kau…” Amir tak dapat menghabiskan kata-katanya lagi, lalu Syasya memotong.

“Kau memang tak tau apa-apa pun” kata Syasya, lalu dia ke dapur.

Ash duduk di balkoni rumahnya sambil memerhatikan bulan dan bintang dilangit. Didalam fikirannya hanya teringatkan Syasya.

“Cantik lah bulan tu, macam seseorang” Ash berbicara bersendirian.

“Amboi, cantik macam siapa? Boleh papa tahu?” tanya En. Zulkifli.

“Eh, papa, bila papa ada dekat sebelah Ash ni? tak sedar pun.” kata Ash.

“Hmm…papa ada dekat sebelah Ash dari tadi lagi. Ni yang asyik duk mengelamun ni, 
kerja sekolah dah siap?” tanya En. Zulkifli.

“Dah pa..” kata Ash.

“Kalau dah siap, apa kata pergi tidur, esok nak ke sekolah” kata En. Zulkifli.

“Ok” kata Daniel lalu bersalam dengan papanya.

Syasya mengambil dua biji panadol lalu ditelannya. Rasa sakit kepalanya mulai surut. Dia terdengar bunyi bising dibilik maknya. Ketika itu juga Amir muncul.

“Apa yang bising-bising tu?” omel Syasya sendirian.

“Sya, apasal cakap sorang-sorang ni?”

“Apalah abang ni, tu tak dengarke bunyi bising dekat bilik mak tu?” tanya Syasya.

“Eh, ya lah. Jom.” ajak Amir.

“Aku kata bagi,bagi lah!!! Tak faham bahasa ke? Aku dah tak ada duit!!! Faham 
tak???!!” tengking Azman.

“Tolong lah, saya dah tak ada duit, anak-anak nak makan apa? Kesian lah dekat 
mereka.” kata Pn. Salmah.

“Arrgghh!!! Aku tak peduli semua tu!!! Tu semua bukan urusan aku. Yang aku tahu, aku nak semua duit-duit tu!!!” jerit Azman lagi.

“Ayah, apa ni??!!!” tanya Syasya.

“Hei!!! Kau diam!!! Kau jangan campur urusan aku dengan mak kau!!! faham!!!” tengking Azman

“Syasya kena masuk campur sebab urusam mak, adalah urusan Syasya.” kata Syasya lalu dia dan Amir meluru kearah maknya.

“Hei!!! Kau apa tahu!!! Yang aku tahu, aku nak duit tu, aku nak beli dadah!!! Dadah aku dah habis!!!” tengking Azman.

“Dadah? Ayah ambil dadah? Apa semua ni ayah!!!” tengking Amir.

“Ayah!!! Ayah dah gila ke??!!!” tengking Syasya.

“Apa kau cakap? Gila? Siapa yang gila, hah? Kau tu yang gila!!!” tengking Azman.

“Tak!!! Syasya tak gila, ayah yang gila!!!” tengking Syasya.

“Kurang ajar!!!” tengking Azman.

Setelah Syasya berkata begitu, Azman bangun meluru kearah Syasya lalu menyentap 
rambut Syasya lalu menolaknya hingga terhantuk dibucu meja. Dahi Syasya berlumuran darah. Setelah kejadian itu, duit hasil jualan kuih Pn. Salmah diambil dan lari keluar dari rumah.

“Syasya!!!” jerit Amir.

“Ya Allah!!! Syasya!!!” jerit Pn. Salmah.

Kereta En. Zulkifli berhenti diperkarangan sekolah Ash. Setelah melihat kelibat Syasya, Ash ingin keluar, tetapi dipanggil oleh papanya.

“Syasya…” jerit Ash dengan perlahan.

“Eh, nak kemana tu? dah lupa ke?” tanya En. Zulkifli.

“Oppss… lupa” kata Daniel lalu bersalam dengan papanya.

“Assalamualaikum…” ucap Daniel lalu pergi.

“Waalaikumussalam…” jawab En. Zulkifli.

“Hmm… budak-budak zaman sekarang. Syasya? Siapa Syasya? Jangan-jangan budak 
tu yang Ash cakap cantik macam bulan. Hmm…apa-apa je lah.” kata En. Zulkifli.

Setelah masuk kedalam kawasan sekolah, Ash mencari kelibat Syasya. Setelah melihat kelibat Syasya, Ash segera mengejar Syasya.

“Syasya!!! Syasya!!! Tunggulah…” jerit Ash.

“Alamak… Ash!!!” getus hati Syasya.

“Syasya, lajunya kau jalan” kata Ash.

“Syasya, kenapa kau diam je?” tanya Ash kehairanan.

Syasya mula berselindung dari Ash. Bukannya apa, dia tak nak Ash tahu tentang masalah yang dilanda keluarganya.

“Tak ada apa-apa” kata Syasya.

“Mana boleh tak ada apa-apa.tengok sini.” kata Ash.

“Kenapa pulak?” tanya Syasya.

“Kenapa, kau tanya aku, kenapa? Eh, pandang sini.” kata Ash.

“Tak nak” kata Syasya.

“Pandanglah sini” desak Ash.

“Tak nak!!!” bentak Syasya.

“Eh, kau ni kenapa?” tanya Ash.

Sikap Syasya membuatkan Ash berasa pelik. Ash mula berasa bengang dengan sikap Syasya lalu dia menyentap tangan Syasya dengan kasar. Syasya kelihatan begitu sedih dan Ash terkejut melihat keadaan Syasya.

“Syasya, kenapa dengan dahi kau? Siapa yang buat kau sampai jadi macam ni? Siapa yang pukul kau?” tanya Ash dengan bertalu-talu.

Wajah Syasya kelihatan sugul. Air mata Syasya mula mengalir. Ash mula diasak rasa serba salah.

“Syasya… jawablah, kenapa dengan kau ni?” tanya Ash kehairanan.

Syasya yang masih bersedih terus berlari meninggalkan Ash keseorangan.

“Syasya, kau nak kemana tu? Tunggulah aku. Syasya… alamak… apa aku dah buat ni…aku da buat salah ke dengan dia? Baik aku ikut dia.” kata Ash.

Hati Ash mula gelisah dengan sikap Syasya, lalu mengikutnya sehingga kekelas. Ash melihat didalam kelasnya, nasib Ash baik kerana tidak ada sesiapa pun didalam kelas itu. Setelah itu, Ash terus menghampiri Syasya.

“Fuhhh… nasib baik takde orang. Sya, bagitau la aku, macam mana boleh jadi macam ni? Aku ada buat salah dengan kau ke? Cuba kau bagitau, apa salah aku dekat kau, apa yang aku telah buat sampai kau jadi macam ni?” tanya ash dengan bertalu-talu.

Pertanyaan yang ditujukan oleh Ash tidak dijawab. Syasya terus membisu. Ash mula merasa keliru dengan sikap Syasya yang berubah dalam sekelip mata. Syasya tidak ceria seperti semalam. Ash mula merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada Syasya.

“Sya…janganlah macam ni, kalau kau terus macam ni, macam mana aku nak tolong kau, sedangkan kau tak cakap pun apa masalah kau.” pujuk Ash.

KRINGGG!!!
Loceng berbunyi. Ini menandakan bahawa sesi pembelajaran masa pertama akan bermula.

“Ok..Ok.. kalau kau tak nak cerita, taka pa, bila kau dah bersedia, kau bagitau aku, tapi kesat air mata kau tu dulu, nanti kalau ada orang Nampak, siapa yang susah? Aku jugak.” kata Ash.

cerpen najwa

EPISOD 1

Kringggg!!!!

Jam loceng disisi katil Daniel berbunyi. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Daniel bingkas bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Setelah usai solat subuh, dia bersiap-siap untuk ke sekolah.

“Daniel…Daniel…mari sarapan dulu.” ajak Mak Jah.

“Tak apa lah Mak Jah, Daniel dah lambat ni. takut tak sempat pulak.” kata Daniel.

“Daniel, mari sarapan dulu. Nanti papa hantarkan Daniel ke sekolah.” pujuk Ash walaupun Daniel masih dingin dengannya.

“Tak apa lah papa, Daniel dah lambat. Daniel pergi dulu.” kata Daniel lalu pergi.

"Ash…adakah dia masih marah dengan Ash pasal semalam?” tanya Mak Jah.

“Saya pun tak tahu Mak Jah, saya rasa bukan pasal semalam je, tapi….” Ash tidak dapat menghabiskan kata-katanya.

“Tak apa Ash, Mak Jah faham. Lagipun Mak Jah dah lama berkhidmat untuk Ash. Semenjak Ash kecil lagi. Asam garam keluarga Ash, Mak Jah tahu.

“Daniel…Daniel…wei…aku panggil dari tadi kut…takkan kau tak dengar, letih tau aku nak kejar. Dah lah kau jalan laju sangat.” kata Khusry.

“Bro, tak perasan lah pulak, sorry lah.” kata Daniel.

“Eh, tak apa lah. Kau ni, macam buat salah besar dengan aku pulak. Jom, masuk kelas, kita dah lambat ni.” kata Khusry.

“Jom.” kata Daniel.

Mereka masuk kekelas dan memulakan pelajaran seperti biasa. Daniel berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku dengan kejadian semalam. Sakitnya tiada siapa yang tahu. Daniel tidak mahu kejadian semalam mengganggu tumpuannya untuk belajar.

Kringgggggg!!!!!!!!

Loceng berbunyi menunjukkan waktu rehat telah tiba. Daniel dan Khusry mengambil keputusan untuk rehat dibawah pokok sahaja.

“Beb, aku nak tanya sikit boleh?” tanya Khusry.

“Ada apa? Tanyalah.” kata Daniel.

“Kau bergaduh dengan papa kau ke? Aku tengok pipi kau lebam lah.” kata Khusry.
Pertanyaan Khusry membuatkan Daniel berhenti makan. Wajah Daniel suram. Hatinya mula terasa sebak. Sebak didada. Daniel terkenangkan peristiwa semalam, dimana pipinya dipukul oleh papanya.

“Bro, kalau kau tersinggung dengan pertanyaan aku, aku mintak maaf. Ok?” kata Khusry.

“Kau tak perlu mintak maaf. Memang betul, semalam aku bergaduh dengan papa aku, pasal mama aku. Beb, aku tak faham kenapa baru sekarang papa aku baru nak mintak maaf dekat mama aku. Sampai sekarang aku terkilan lagi,dulu kenapa papa aku buat aku dengan mama aku macam patung, macam tunggul dekat dalam rumah tu. Sekarang ni, bila mama aku dah meninggal, baru nak mintak maaf?” tanya Daniel dengan bertalu-talu

“Kau kata apa dekat papa kau?” tanya Khusry?

“Aku kata,sebab dialah mama aku mati, dan aku cakap dekat dia yang dia tak layak jadi papa aku.”kata Daniel.

“Hah…sampai macam tu sekali kau cakap dekat papa kau? Patut pun dia lempang kau. 
Eh, sorry,sorry…aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau” kata Khusry

“Tak apa, memang betul pun apa yang kau katakan tu. Memang patut pun aku kena sepak dengan papa aku semalam. Tapi, apasal aku tak perasan yang pipi aku ni lebam? Eh, jom masuk kelas, masa rehat dah nak habis” kata Daniel.

“Tu lah kau, lepas kena pukul, ada kau tengok cermin? tanya Khusry lalu bangun dari tempat duduknya.

“Hahaha…tengok cermin??? memang tak lah.” kata Daniel sambil ketawa lalu menuju kekelasnya.

“Ha..macam tu lah geng aku, senyum je selalu.” kata Khusry sambil menepuk bahu kawannya.

Tuk…tuk… 

Pintu bilik pejabat Ash diketuk. Setiausaha Ash masuk untuk memberikan dokumen-dokumen yang perlu ditandatangani. Begitulah rutin harian Ash sehingga terlupa memberikan perhatian kepada keluarganya. Ash juga terlupa tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan sebagai seorang suami. Perasaan bersalah sentiasa menyelubungi dirinya terhadap anak dan isterinya boleh 

“Masuk…” kata Ash.

“En. Ash, ini ada beberapa dokumen yang perlu ditandatangani dengan segera.” kata setiausaha Ash itu.

“Ok, nanti saya akan tandatangan dan saya akan serahkan kepada kamu secepat mungkin” kata Ash.

“Ada apa-apa lagi ke En. Ash? tanya setiausaha itu.

“Dah tak ada apa-apa lagi. Awak boleh sambung kerja awak sekarang.” kata Ash.

“Kalau macam tu, baik lah, saya mintak diri dulu.” kata setiausaha itu.

Setelah meneliti dokumen-dokumen itu, Ash menandatangani dokumen tersebut. Ash teringatkan kejadian semalam. Beliau memikirkan tindakannya terhadap Daniel.

“Masih marah lagi ke dia kepada aku? Betul ke tindakan aku terhadap dia semalam?” soal Ash dalam hati.

Apa yang Daniel katakan adalah betul. Memang dia tak layak menjadi seorang bapa. Dan juga sebagai seorang suami. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Ash begitu menyesal dengan layanan yang telah diberikan kepada isteri serta anaknya, Daniel.

Kringgg!!!!!

Waktu pulang telah pun tiba, semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pulang ke rumah masing-masing. Daniel dan Khusry juga keluar dari kelas. Pada mulanya mereka merancang untuk pulang ke rumah terus. Tetapi, Daniel ada rancangan lain pula.

“Bro, kau nak kemana ni?” tanya Khusry.

“Aku ingat, aku tak nak balik rumah lagi lah. Jom kita lepak dulu.” ajak Daniel.

“Nak kemana?” tanya Khusry.

“Kita cari kopitiam yang berdekatan dekat sini, alang-alang kita makan dekat situ, boleh lah kita buat kerja sekolah dan study-study sikit. Macamana? Ok?” tanya Daniel. 

“Ok, lagipun dekat rumah aku bukannya ada siapa-siapa pun. Cuma ada orang gaji sahaja. Mama dan papa aku, kau faham-faham je lah. kalau matahari tak terbenam, takkan muncullah muka diaorang dekat rumah tu. kadang-kadang, aku dah tidur, barulah diaorang pulang, kadang-kadang, sebelum aku bersiap-siap untuk kesekolah lagi, awal-awal pagi diaorang dah keluar. Aku rasa aku macam tak wujud. Tapikan Daniel, terus terang lah aku cakap kan, masa arwah mama kau masih hidup lah aku dapat merasa kasih sayang dan belaian daripada seorang ibu, kau tau tak? Kadang-kadang aku terfikir juga, sampai bila aku kena menumpang kasih saying dari mama kau, sedangkan mak kandung aku sendiri masih hidup” kata Khusry.

“Ala beb, kau ni jangan lah…aduh…kau sepatutnya beruntung tau tak,walaupun mama dan papa kau sibuk, diaorang tak pernah abaikan kau, sentiasa cuba memenuhi permintaan kau. Tapi, aku, dulu tak apa lah, mama aku masih ada. Boleh lagi nak menumpang kasih saying dia, dialah yang boleh faham aku. Sekarang….” Daniel tak dapat menghabiskan ayat-ayatnya.

Hati Daniel rasa sebak lagi. Dia mula merasakan cemburu dengan Khusry, walaupun papanya sibuk, papanya tidak pernah merungut untuk memenuhi permintaan Khusry. Daniel masih ingat lagi ketika dia mengunjungi rumah Khusry. Khusry meminta papanya membelikan PSP untuknya kerana lulus peperiksaan PMR pada tahun lepas. Pada masa itu terdetik rasa cemburu nya pada Khusry.

“Daniel…Daniel…wei…” panggilan Khusry tidak diendahkannya.

“Amboi…budak ni…sejak bila kau pandai berangan” omel Khusry.

“Woi…Daniel!!!” sergah Khusry.

“Hah…apa?” kata Daniel setelah terkejut apabila disergah.

“Apa, apa…apa yang apa tu? Eh, sejak bila yang kau ni pandai berangan hah?” tanya Khusry.

“Alah kau ni, nak berangan sikit tak boleh…kacau lah” kata Daniel.

“Kau ni… eh, jom lah pergi…aku dah lapar lah..” kata Khusry.

“Ok…ok..jom…aku pun dah lapar ni.” ajak Daniel. 

Hampir lewat petang Daniel baru pulang dari rumahnya. Daniel sengaja pulang lewat ke rumah. Daniel menyepak-nyepak tin minuman di tepi jalan. Sudah seminggu mamanya telah meninggalkan mereka sekeluarga. Bagi Daniel, dia berasa bersyukur, walaupun mamanya telah tiada, masih ada Mak Jah yang memahaminya.

“Mak Jah!!!!!” sergah Daniel dari belakang.

“Opocot mak kau terbang….terbang…eh, terbang, terbang” Mak Jah melatah.

“Hahaha…Mak Jah melatah rupanya.” kata Daniel.

“Eh, budak ni,bagi salam tak, apa tak, main redah jer. Ni Mak Jah nak tanya, kenapa balik lambat sangat? Nanti kalau papa balik, tengok kamu baru pulang, dia bising-bising pulak.” kata Mak Jah.

“Ala Mak Jah ni…rileks lah, tu pun nak takut. Tak ada apa-apa lah. Ok lah Mak Jah, Daniel naik atas dulu.” kata Daniel.

“Hmm, ye lah…lepas tu turun makan. Mak Jah akan siapkan makanan.” kata Mak Jah.

“Ala Mak Jah ni, tak payah nak susah-susahkan diri Mak Jah tu. Daniel dah makan tadi dekat luar dengan Khusry. Kalau macam tu Mak Jah, saya naik dulu.” Kat Daniel.

“Hmm… ye lah.” kata Mak Jah.

Daniel masuk kedalam bilik dan merebahkan dirinya ke atas katil. Daniel berasa penat kerana seharian belajar dengan Khusry di kopitiam siang tadi. Akibat terlalau penat belajar siang tadi, Daniel pun tertidur. Setelah malam tiba, Ash baru pulang dari pejabat.

“Assalamualaikum…” ucap Ash.

“Waalaikumussalam, Ash, lewat kamu pulang hari ni. kerja banyak ke dekat pejabat?” tanya Mak Jah.

“Boleh tahan lah Mak Jah. Kalau saya sibuk pun sekurang-kurangnya boleh lah saya lupakan apa yang saya dah buat dekat arwah. Saya tahu yang saya banyak buat salah dekat Daniel dan mamanya. Kesilapan saya memang tidak boleh dimaafkan. Saya pernah kehilangan orang yang saya sayang dalam hidup saya sebelum arwah muncul. Saya rasa mungkin Mak Jah tahu siapa yang saya maksudkan. Saya tak sangka yang perkara ni akan berlaku lagi.” kata Ash.

“Mak Jah faham Ash, Ash kena ingat yang hidup kita ni sentiasa di uji. Kalau kita di uji, bermakna, Allah sayangkan kita.” kata Mak Jah.

“Saya tahu Mak Jah. Sebab tu bila saya sambung pengajian saya di UK, saya ingat saya boleh lupakan dia dan semua kenangan kami bersama, rupa-rupanya, tak.” kata Ash.

“Ash, lari dari masalah, bukan satu penyelesaian. Menambahkan masalah adalah.” kata Mak Jah.

“Saya tahu Mak Jah. Mak Jah, Daniel mana?” tanya Ash.

“Ada dalam bilik, nak Mak Jah panggilkan ke?” tanya Mak Jah.

“Tak payah Mak Jah. Biarlah dia berehat, saya tak nak gangu dia.” Kata Ash.

“Kalau macam tu baik lah, Ash nak kopi? Mak Jah buatkan.” Tanya Mak Jah.

“Boleh jugak… tapi Mak Jah, sebelum tu, faham-faham je lah…” kata Ash samba menggosok-gosokkan perutnya.

“Ish, kamu ni, perangai tak ubah-ubah macam dulu. Dari kecil sampailah besar dan dah kahwin, ada anak pun. Yelah, Mak Jah buatkan, tapi naik atas, mandi, solat lepas tu baru turun makan.” kata Mak Jah.

“Baik lah Mak Jah.” kata Ash.

Ash berjalan menujuk ke biliknya. Ketika dia melintasi bilik Daniel. Pintu bilik Daniel terbuka sedikit. Ash masuk kedalam kerana ingin melihat keadaan Daniel. Dia meneliti muka Daniel, kelihatan ada kesan lebam dipipi anaknya.

“Daniel…Daniel… bangun, dah maghrib ni, bangun mandi, solat, lepas tu turun makan ye,” kata Ash.

“Mak Jah, nanti lah Daniel bangun. Daniel penat lagi.” kata Daniel.

“Daniel, bangun, ni papa, bukan Mak Jah.” kata Ash.

Daniel bangun lalu menggosok-gosok matanya. Dia terkejut yang berada dihadapannya itu, adalah papanya, bukan Mak Jah.

“Papa…” kata Daniel, lidahnya terkelu.

“Dah, bangun. Maghrib dah nak habis ni.” kata Ash.

“Baik pa…” kata Daniel.

“Ish, dah terkantoi lah pulak. Nasib baik esok tak sekolah, boleh lah aku tidur lewat sikit malam ni.” desis hati Daniel.

Daniel bangun dan masuk kedalam bilik air lalu membersihkan dirinya. Setelah itu, 

Daniel solat dan turun ke bawah.

“Daniel, nak kemana tu?” tanya Ash.

Daniel berhenti berjalan.

“Nak duduk luar pa, nak hirup udara segar.” kata Daniel.

“Kalau macam tu, mari makan dulu.” kata Ash.

“Tak apa lah pa, Daniel tak lapar lagi, kalau Daniel lapar nanti, Daniel makan lah.” kata Daniel.

“Betul kata papa tu Daniel, mari makan dulu, nanti perut masuk angin” kata Mak Jah.

“Ok lah Mak Jah.” kata Daniel dengan berat hati.

Ash sengaja mengajak Daniel makan bersamanya. Mula-mulanya Daniel menolak tetapi Mak Jah mendesak, Daniel terpaksa akur.

“Macam mana belajar? Ok?” tanya Ash.

“Ok papa.” kata Daniel.

“Ok jer?” tanya Ash.

“Ya papa” kata Daniel.

“Daniel dah kenyang, sekarang Daniel nak naik atas. Mak Jah, Daniel naik dulu.” kata Daniel.

“Hmm..ya lah” kata Mak Jah

“Sepatah saya tanya, sepatah dia jawab” kata Ash.

“Sabar lah Ash, bagi dia sedikit masa lagi.” kata Mak Jah.