Thursday, 5 July 2012

cerpen najwa

EPISOD 2
Daniel sengaja bangun awal kerana ingin menolong Mak jah apa yang patut. Ash pagi-pagi lagi telah keluar untuk bersenam di kawasan rumahnya. Pada mulanya, Mak Jah tidak membenarkan Daniel menolongnya, tetapi Mak Jah akur. Mak Jah menyuruh Daniel mengemas stor yang sudah terbiar lama di bawah kaki tangga banglo itu. Daniel mengemas apa yang patut. Tiba-tiba salah satu daripada kotak itu terjatuh dan Daniel melihat gambar-gambar lama dan sebuah diari lama yang ada didalam kotak itu. Didalam gambar itu terdapat seorang budak lelaki, yang muka seakan-akan mirip dengannya dan seorang budak perempuan. Dia membuka diari tersebut.

“Gambar siapa pulak ni? Syasya? Siapa Syasya?” desus hati Daniel.

“Mak Jah…Mak Jah…mana Mak Jah ni? omel Daniel.

“Daniel cari Mak Jah ke? Papa suruh Pak Mat hantar Mak Jah ke pasar sekejap. Daniel…” belum lagi Ash menghabiskan ayatnya, Daniel telah memotong.

“Apa makna semua ni papa? Siapa Syasya yang papa puja-puja selama ni?” tanya Daniel lalu melemparkan gambar-gambar serta diari itu keatas meja.

“Mana Daniel dapat semua ni?” tanya Ash.

“Takkan papa dah lupa kut mana papa letak semua ni?’ tanya Daniel.

“Betul Daniel nak tahu semua ni? Baiklah, papa akan beritahu siapa sebenarnya Syasya. Dia ialah orang yang pertama muncul dalam hidup papa sebelum mama Daniel muncul.” kata Ash.

TAHUN 1981 
Loceng berbunyi menunjukkan waktu pulang telah tiba. Kelihatan seorang gadis keluar dari kelas 5 Sains 1 keluar. Dirinya berjalan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Syasya… Syasya…tunggu lah aku…” jerit Ash sambil berlari-lari anak.

“Eh, Ash kau rupanya..” kata Syasya sambil tersenyum.

“Kau ni laju-laju nak kemana?” Tanya Ash.

“Nak balik lah...nak kemana lagi…” kata Syasya

“Jom, aku hantar kau balik…nak?” ajak Ash

“Hah…” tercengang Syasya sebentar.

“ Apa hah..hah..jom lah aku hantar kau balik..” kata Ash lalu menarik tangan Syasya.

“Oit-oit…kejap-kejap…ni yang aku tak suka ni..” kata Syasya sambil matanya melirik ke muka dan tangan Ash.

“Opss…sorry…sorry…aku tak sengaja…aku tak sengaja..” kata Ash lalu melepaskan tangannya.

Syasya diam.Lalu berjalan meninggalkan Ash terkontang-kanting keseorangan di belakang. Daniel mengejar Syasya sambil memanggil namanya.

“Syasya… Syasya…tunggu lah aku… Syasya…”jerit Ash. 

Apabila sampai disbelah Syasya…masing-masing diam seribu bahasa. Tak lama kemudian, Ash pun bersuara.

“ Ala, aku bukannya sengaja pun..sorry la Syasya..sorry ok..sorry..”kata Ash sambil tersenyum.

“Dah la…aku dah lambat ni..aku blah dulu lah…” kata Syasya lalu pergi.

“Eh…rileks lah dulu..kau ni tergesa-gesa nak ke mana?” tanya Ash sambil mengejar Syasya.

“La…kemana lagi…balik lah…” kata Syasya.

“Wei…Sya..lepak lah dulu…” ajak Ash.

“Malaslah beb..aku nak balik,rehat,nak siapkan homework,lepas tu nak study…”kata 
Syasya sambil tersenyum.

“Ok lah kalau macam tu..baik lah..wait the minute..betul ni?” tanya Ash

“Hahaha…wei beb...sejak bila pulak kau terlebih risau ni?” kata Syasya sambil ketawa.

“Ya ke?” tanya Ash kehairanan.

“Ya la..” kata Syasya.

“Jangan dia perasan sudah lah yang aku ni syok dekat dia..Eh.. Ash..stop it..dia tak kan perasan lah..buat biasa…buat biasa…buat macam tak ada apa-apa..alah..buat macam sebelum-sebelum ni..” kata Ash dalam hati.

“Ash..Ash..Ash…”panggil Syasya sambil melambaikan kedua-dua tangannya dihadapan muka Ash

“Eh..sejak bila pulak mamat ni suka berangan sorang-sorang?” Tanya Syasya kehairanan.

“Hoi Ash..kau ni sejak bila pandai berangan ni..hah??” sergah Syasya sambil menepuk bahu Ash dengan buku-buku yang dibimbitnya itu..

Ash tersentak dari lamunannya

“Hah…mana-mana??” tanya Ash kehairanan..

“Hahaha…mana-mana???apa yang mana-mana??? Ash…kau ni kenapa???sejak bila pandai berangan ni???” tanya Syasya kehairanan.

“Mana ada aku berangan…” kata Ash.

“Ya lah tu..cakap je lah yang kau tu kuat berangan…” kata Syasya

“Hoi…kau ni ada-ada je lah…” dalih Ash

“Lain kali, kalau nak berangan…ajak aku sekali, jangan duk berangan sorang-sorang…ish, kau ni…ni yang aku tak suka ni…” kata Syasya.

“Hah..kau pun kuat berangan…ei..budak ni…kata dekat orang kuat berangan…dia tu…” peril Ash

“Amboi..heh…beb..aku bukan macam kau, jenis kuat berangan..apa celop lah kau ni…”kata Syasya sambil membuka zip beg sekolahnya lalu mengeluarkan sebungkus 
coklat dari beg sekolahnya itu..

“Alah…apa celop lah sangat kan” peril Ash

“Eh, betul apa yang aku cakapkan ni?” kata Syasya lalu mengoyakkan kulit coklat tersebut dan memakannya.

“Betul lah sangat kan..” kata Ash lalu merampas coklat yang berada di tangan Syasya, lalu memakannya.

“Beb…itu coklat aku lah…kalau nak, beli sendirilah..” kata Syasya sambil mengejar Ash.

“Kau tu, kalau makan tak ingat dunia…ni, aku yang ada dekat sebelah kau pun tak tahu-tahu nak offer ke?” peril Ash sambil berlari.

“Woi…beb…bagi lah balik coklat aku…” jerit Syasya sambil mengejar Ash.

“Tak nak…” kata Ash sambil berlari.

“Assalamualaikum …” ucap Amir ketika masuk ke dalam rumah dan bersalaman
dengan maknya.

“Waalaikumussalam…eh Amir, awal kamu pulang hari ni?” tanya Pn.Salmah kehairanan

“Hari ni kelas habis awal mak…” kata Amir lalu duduk dan sambil matanya melilau 
keadaan sekeliling ruang tamunya.

“Sunyi je rumah ni…mana semua orang mak? Syasya mana mak?Ikmal? Belum pulang dari sekolah lagi ke?” tanya Amir

“Ikmal dah pulang tadi…dia ke kedai sekejap…Syasya belum lagi…ada kelas lah tu agaknya” ujar Pn.Salmah.

“Ada kelas? Sekarang ni dah pukul berapa mak? Dah pukul 3 ni…” kata Amir sambil melihat jam di tangan kanannya.

“Faham-faham je lah Amir…tahun ni adik kamu nak SPM” kata Pn. Salmah.

“Assalamualaikum …” ucap Ikmal setalah pulang dari kedai.

“Waalaikumussalam…”jawab Amir dan Pn.Salmah.

“Eh, awal abang Amir balik hari ni?” tanya Ikmal lalu bersalaman dengan abangnya 
dan duduk disebelah abangnya.

“Abang habis kelas awal hari ni. Ikmal maca mana sekolah hari ni? Ok?” tanya Amir.

“Isk…apa yang tak ok nya…ok la…” jawab Ikmal yang akan menduduki peperiksaan 
PMR pada tahun ini.

“Eh, kakak mana?” tanya Ikmal.

“Entah lah…mak kata dia ada kelas hari ni…betul ke?” tanya Amir 

“Hah? Kelas?” tanya Ikmal kehairanan.

“Kenapa pulak?” tanya Amir 

“Tadi, Ikmal tengok semua kawan-kawan yang satu kelas dengan dia keluar awal. 

"Kenapa abang?” tanya Ikmal kehairanan.

“Tak ada apa-apa.. Eh, Ikmal dah makan ke belum? Abang lapar lah…” kata Amir sambil mengosok-gosokkan perutnya.

“Ikmal dah makan tadi… Kalau abang nak makan, pergi je dekat dapur tu ha…mak dah masak tadi” kata Ikmal dengan muka selambanya.

“Ye lah…” kata Amir lalu ke dapur.

“Assalamualaikum…mak, Syasya dah balik.” kata Syasya.

“Waalaikumussalam…Syasya, lewat kamu balik hari ni?” tanya Pn. Salmah.

“Jalan jem lah tadi mak. Bas pun lambat, jalan kaki je lah.” kata Syasya.

“Kamu dah makan?” tanya Pn. Salmah.

“Belumlah mak, lapar ni.” rengek Syasya.

“Dah, tak payah lah kau nak merengek dekat mak tu, jom makan, nasi pun dah ada 
depan mata, abang dah hidangkan.” kata Amir.

“Ya lah. Ok lah mak, Syasya makan dulu, mak dah makan?” tanya Syasya.

“Dah, Syasya makanlah dengan abang Amir tu ya, pergi makan, abang dah tunggu tu.” kata Pn. Salmah.

“Baik, mak” kata Syasya.

Syasya duduk dihadapan meja tulisnya sambil membelek-belek buku rujukan sejarahnya. Dia mula merasa tidak selesa dan kepalanya mula sakit. Dia mulai resah. Syasya mula berasa bengang lalu menutup bukunya dan menghempas buku itu keatas meja.

“Arrgghh!!! Bengang betul!! Dari tadi lagi aku baca buku ni, tak jugak masuk-masuk!!! Ish, sakit gila kepala aku, kenapa kau tak pecah je” marah Syasya.

“Hoi, Sya, yang kau nak marah-marah ni kenapa? Bising lah, kau tau tak? Macam kau sorang jer nak study, aku dengan pun nak study nak study jugak ” kata Amir.

“Ni ha, abang, dari tadi lagi Syasya baca buku ni, tak masuk-masuk pun!!! Dah nak meletup kepala ni ha!!! Abang tau tak!!!” marah Syasya.

“Aku tak tanya pun kenapa kepala kau…” Amir tak dapat menghabiskan kata-katanya lagi, lalu Syasya memotong.

“Kau memang tak tau apa-apa pun” kata Syasya, lalu dia ke dapur.

Ash duduk di balkoni rumahnya sambil memerhatikan bulan dan bintang dilangit. Didalam fikirannya hanya teringatkan Syasya.

“Cantik lah bulan tu, macam seseorang” Ash berbicara bersendirian.

“Amboi, cantik macam siapa? Boleh papa tahu?” tanya En. Zulkifli.

“Eh, papa, bila papa ada dekat sebelah Ash ni? tak sedar pun.” kata Ash.

“Hmm…papa ada dekat sebelah Ash dari tadi lagi. Ni yang asyik duk mengelamun ni, 
kerja sekolah dah siap?” tanya En. Zulkifli.

“Dah pa..” kata Ash.

“Kalau dah siap, apa kata pergi tidur, esok nak ke sekolah” kata En. Zulkifli.

“Ok” kata Daniel lalu bersalam dengan papanya.

Syasya mengambil dua biji panadol lalu ditelannya. Rasa sakit kepalanya mulai surut. Dia terdengar bunyi bising dibilik maknya. Ketika itu juga Amir muncul.

“Apa yang bising-bising tu?” omel Syasya sendirian.

“Sya, apasal cakap sorang-sorang ni?”

“Apalah abang ni, tu tak dengarke bunyi bising dekat bilik mak tu?” tanya Syasya.

“Eh, ya lah. Jom.” ajak Amir.

“Aku kata bagi,bagi lah!!! Tak faham bahasa ke? Aku dah tak ada duit!!! Faham 
tak???!!” tengking Azman.

“Tolong lah, saya dah tak ada duit, anak-anak nak makan apa? Kesian lah dekat 
mereka.” kata Pn. Salmah.

“Arrgghh!!! Aku tak peduli semua tu!!! Tu semua bukan urusan aku. Yang aku tahu, aku nak semua duit-duit tu!!!” jerit Azman lagi.

“Ayah, apa ni??!!!” tanya Syasya.

“Hei!!! Kau diam!!! Kau jangan campur urusan aku dengan mak kau!!! faham!!!” tengking Azman

“Syasya kena masuk campur sebab urusam mak, adalah urusan Syasya.” kata Syasya lalu dia dan Amir meluru kearah maknya.

“Hei!!! Kau apa tahu!!! Yang aku tahu, aku nak duit tu, aku nak beli dadah!!! Dadah aku dah habis!!!” tengking Azman.

“Dadah? Ayah ambil dadah? Apa semua ni ayah!!!” tengking Amir.

“Ayah!!! Ayah dah gila ke??!!!” tengking Syasya.

“Apa kau cakap? Gila? Siapa yang gila, hah? Kau tu yang gila!!!” tengking Azman.

“Tak!!! Syasya tak gila, ayah yang gila!!!” tengking Syasya.

“Kurang ajar!!!” tengking Azman.

Setelah Syasya berkata begitu, Azman bangun meluru kearah Syasya lalu menyentap 
rambut Syasya lalu menolaknya hingga terhantuk dibucu meja. Dahi Syasya berlumuran darah. Setelah kejadian itu, duit hasil jualan kuih Pn. Salmah diambil dan lari keluar dari rumah.

“Syasya!!!” jerit Amir.

“Ya Allah!!! Syasya!!!” jerit Pn. Salmah.

Kereta En. Zulkifli berhenti diperkarangan sekolah Ash. Setelah melihat kelibat Syasya, Ash ingin keluar, tetapi dipanggil oleh papanya.

“Syasya…” jerit Ash dengan perlahan.

“Eh, nak kemana tu? dah lupa ke?” tanya En. Zulkifli.

“Oppss… lupa” kata Daniel lalu bersalam dengan papanya.

“Assalamualaikum…” ucap Daniel lalu pergi.

“Waalaikumussalam…” jawab En. Zulkifli.

“Hmm… budak-budak zaman sekarang. Syasya? Siapa Syasya? Jangan-jangan budak 
tu yang Ash cakap cantik macam bulan. Hmm…apa-apa je lah.” kata En. Zulkifli.

Setelah masuk kedalam kawasan sekolah, Ash mencari kelibat Syasya. Setelah melihat kelibat Syasya, Ash segera mengejar Syasya.

“Syasya!!! Syasya!!! Tunggulah…” jerit Ash.

“Alamak… Ash!!!” getus hati Syasya.

“Syasya, lajunya kau jalan” kata Ash.

“Syasya, kenapa kau diam je?” tanya Ash kehairanan.

Syasya mula berselindung dari Ash. Bukannya apa, dia tak nak Ash tahu tentang masalah yang dilanda keluarganya.

“Tak ada apa-apa” kata Syasya.

“Mana boleh tak ada apa-apa.tengok sini.” kata Ash.

“Kenapa pulak?” tanya Syasya.

“Kenapa, kau tanya aku, kenapa? Eh, pandang sini.” kata Ash.

“Tak nak” kata Syasya.

“Pandanglah sini” desak Ash.

“Tak nak!!!” bentak Syasya.

“Eh, kau ni kenapa?” tanya Ash.

Sikap Syasya membuatkan Ash berasa pelik. Ash mula berasa bengang dengan sikap Syasya lalu dia menyentap tangan Syasya dengan kasar. Syasya kelihatan begitu sedih dan Ash terkejut melihat keadaan Syasya.

“Syasya, kenapa dengan dahi kau? Siapa yang buat kau sampai jadi macam ni? Siapa yang pukul kau?” tanya Ash dengan bertalu-talu.

Wajah Syasya kelihatan sugul. Air mata Syasya mula mengalir. Ash mula diasak rasa serba salah.

“Syasya… jawablah, kenapa dengan kau ni?” tanya Ash kehairanan.

Syasya yang masih bersedih terus berlari meninggalkan Ash keseorangan.

“Syasya, kau nak kemana tu? Tunggulah aku. Syasya… alamak… apa aku dah buat ni…aku da buat salah ke dengan dia? Baik aku ikut dia.” kata Ash.

Hati Ash mula gelisah dengan sikap Syasya, lalu mengikutnya sehingga kekelas. Ash melihat didalam kelasnya, nasib Ash baik kerana tidak ada sesiapa pun didalam kelas itu. Setelah itu, Ash terus menghampiri Syasya.

“Fuhhh… nasib baik takde orang. Sya, bagitau la aku, macam mana boleh jadi macam ni? Aku ada buat salah dengan kau ke? Cuba kau bagitau, apa salah aku dekat kau, apa yang aku telah buat sampai kau jadi macam ni?” tanya ash dengan bertalu-talu.

Pertanyaan yang ditujukan oleh Ash tidak dijawab. Syasya terus membisu. Ash mula merasa keliru dengan sikap Syasya yang berubah dalam sekelip mata. Syasya tidak ceria seperti semalam. Ash mula merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada Syasya.

“Sya…janganlah macam ni, kalau kau terus macam ni, macam mana aku nak tolong kau, sedangkan kau tak cakap pun apa masalah kau.” pujuk Ash.

KRINGGG!!!
Loceng berbunyi. Ini menandakan bahawa sesi pembelajaran masa pertama akan bermula.

“Ok..Ok.. kalau kau tak nak cerita, taka pa, bila kau dah bersedia, kau bagitau aku, tapi kesat air mata kau tu dulu, nanti kalau ada orang Nampak, siapa yang susah? Aku jugak.” kata Ash.

No comments:

Post a Comment