EPISOD 1
Kringggg!!!!
Jam loceng disisi katil Daniel berbunyi. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Daniel bingkas bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Setelah usai solat subuh, dia bersiap-siap untuk ke sekolah.
“Daniel…Daniel…mari sarapan dulu.” ajak Mak Jah.
“Tak apa lah Mak Jah, Daniel dah lambat ni. takut tak sempat pulak.” kata Daniel.
“Daniel, mari sarapan dulu. Nanti papa hantarkan Daniel ke sekolah.” pujuk Ash walaupun Daniel masih dingin dengannya.
“Tak apa lah papa, Daniel dah lambat. Daniel pergi dulu.” kata Daniel lalu pergi.
"Ash…adakah dia masih marah dengan Ash pasal semalam?” tanya Mak Jah.
“Saya pun tak tahu Mak Jah, saya rasa bukan pasal semalam je, tapi….” Ash tidak dapat menghabiskan kata-katanya.
“Tak apa Ash, Mak Jah faham. Lagipun Mak Jah dah lama berkhidmat untuk Ash. Semenjak Ash kecil lagi. Asam garam keluarga Ash, Mak Jah tahu.
“Daniel…Daniel…wei…aku panggil dari tadi kut…takkan kau tak dengar, letih tau aku nak kejar. Dah lah kau jalan laju sangat.” kata Khusry.
“Bro, tak perasan lah pulak, sorry lah.” kata Daniel.
“Eh, tak apa lah. Kau ni, macam buat salah besar dengan aku pulak. Jom, masuk kelas, kita dah lambat ni.” kata Khusry.
“Jom.” kata Daniel.
Mereka masuk kekelas dan memulakan pelajaran seperti biasa. Daniel berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku dengan kejadian semalam. Sakitnya tiada siapa yang tahu. Daniel tidak mahu kejadian semalam mengganggu tumpuannya untuk belajar.
Kringgggggg!!!!!!!!
Loceng berbunyi menunjukkan waktu rehat telah tiba. Daniel dan Khusry mengambil keputusan untuk rehat dibawah pokok sahaja.
“Beb, aku nak tanya sikit boleh?” tanya Khusry.
“Ada apa? Tanyalah.” kata Daniel.
“Kau bergaduh dengan papa kau ke? Aku tengok pipi kau lebam lah.” kata Khusry.
Pertanyaan Khusry membuatkan Daniel berhenti makan. Wajah Daniel suram. Hatinya mula terasa sebak. Sebak didada. Daniel terkenangkan peristiwa semalam, dimana pipinya dipukul oleh papanya.
“Bro, kalau kau tersinggung dengan pertanyaan aku, aku mintak maaf. Ok?” kata Khusry.
“Kau tak perlu mintak maaf. Memang betul, semalam aku bergaduh dengan papa aku, pasal mama aku. Beb, aku tak faham kenapa baru sekarang papa aku baru nak mintak maaf dekat mama aku. Sampai sekarang aku terkilan lagi,dulu kenapa papa aku buat aku dengan mama aku macam patung, macam tunggul dekat dalam rumah tu. Sekarang ni, bila mama aku dah meninggal, baru nak mintak maaf?” tanya Daniel dengan bertalu-talu
“Kau kata apa dekat papa kau?” tanya Khusry?
“Aku kata,sebab dialah mama aku mati, dan aku cakap dekat dia yang dia tak layak jadi papa aku.”kata Daniel.
“Hah…sampai macam tu sekali kau cakap dekat papa kau? Patut pun dia lempang kau.
Eh, sorry,sorry…aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau” kata Khusry
“Tak apa, memang betul pun apa yang kau katakan tu. Memang patut pun aku kena sepak dengan papa aku semalam. Tapi, apasal aku tak perasan yang pipi aku ni lebam? Eh, jom masuk kelas, masa rehat dah nak habis” kata Daniel.
“Tu lah kau, lepas kena pukul, ada kau tengok cermin? tanya Khusry lalu bangun dari tempat duduknya.
“Hahaha…tengok cermin??? memang tak lah.” kata Daniel sambil ketawa lalu menuju kekelasnya.
“Ha..macam tu lah geng aku, senyum je selalu.” kata Khusry sambil menepuk bahu kawannya.
Tuk…tuk…
Pintu bilik pejabat Ash diketuk. Setiausaha Ash masuk untuk memberikan dokumen-dokumen yang perlu ditandatangani. Begitulah rutin harian Ash sehingga terlupa memberikan perhatian kepada keluarganya. Ash juga terlupa tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan sebagai seorang suami. Perasaan bersalah sentiasa menyelubungi dirinya terhadap anak dan isterinya boleh
“Masuk…” kata Ash.
“En. Ash, ini ada beberapa dokumen yang perlu ditandatangani dengan segera.” kata setiausaha Ash itu.
“Ok, nanti saya akan tandatangan dan saya akan serahkan kepada kamu secepat mungkin” kata Ash.
“Ada apa-apa lagi ke En. Ash? tanya setiausaha itu.
“Dah tak ada apa-apa lagi. Awak boleh sambung kerja awak sekarang.” kata Ash.
“Kalau macam tu, baik lah, saya mintak diri dulu.” kata setiausaha itu.
Setelah meneliti dokumen-dokumen itu, Ash menandatangani dokumen tersebut. Ash teringatkan kejadian semalam. Beliau memikirkan tindakannya terhadap Daniel.
“Masih marah lagi ke dia kepada aku? Betul ke tindakan aku terhadap dia semalam?” soal Ash dalam hati.
Apa yang Daniel katakan adalah betul. Memang dia tak layak menjadi seorang bapa. Dan juga sebagai seorang suami. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Ash begitu menyesal dengan layanan yang telah diberikan kepada isteri serta anaknya, Daniel.
Kringgg!!!!!
Waktu pulang telah pun tiba, semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pulang ke rumah masing-masing. Daniel dan Khusry juga keluar dari kelas. Pada mulanya mereka merancang untuk pulang ke rumah terus. Tetapi, Daniel ada rancangan lain pula.
“Bro, kau nak kemana ni?” tanya Khusry.
“Aku ingat, aku tak nak balik rumah lagi lah. Jom kita lepak dulu.” ajak Daniel.
“Nak kemana?” tanya Khusry.
“Kita cari kopitiam yang berdekatan dekat sini, alang-alang kita makan dekat situ, boleh lah kita buat kerja sekolah dan study-study sikit. Macamana? Ok?” tanya Daniel.
“Ok, lagipun dekat rumah aku bukannya ada siapa-siapa pun. Cuma ada orang gaji sahaja. Mama dan papa aku, kau faham-faham je lah. kalau matahari tak terbenam, takkan muncullah muka diaorang dekat rumah tu. kadang-kadang, aku dah tidur, barulah diaorang pulang, kadang-kadang, sebelum aku bersiap-siap untuk kesekolah lagi, awal-awal pagi diaorang dah keluar. Aku rasa aku macam tak wujud. Tapikan Daniel, terus terang lah aku cakap kan, masa arwah mama kau masih hidup lah aku dapat merasa kasih sayang dan belaian daripada seorang ibu, kau tau tak? Kadang-kadang aku terfikir juga, sampai bila aku kena menumpang kasih saying dari mama kau, sedangkan mak kandung aku sendiri masih hidup” kata Khusry.
“Ala beb, kau ni jangan lah…aduh…kau sepatutnya beruntung tau tak,walaupun mama dan papa kau sibuk, diaorang tak pernah abaikan kau, sentiasa cuba memenuhi permintaan kau. Tapi, aku, dulu tak apa lah, mama aku masih ada. Boleh lagi nak menumpang kasih saying dia, dialah yang boleh faham aku. Sekarang….” Daniel tak dapat menghabiskan ayat-ayatnya.
Hati Daniel rasa sebak lagi. Dia mula merasakan cemburu dengan Khusry, walaupun papanya sibuk, papanya tidak pernah merungut untuk memenuhi permintaan Khusry. Daniel masih ingat lagi ketika dia mengunjungi rumah Khusry. Khusry meminta papanya membelikan PSP untuknya kerana lulus peperiksaan PMR pada tahun lepas. Pada masa itu terdetik rasa cemburu nya pada Khusry.
“Daniel…Daniel…wei…” panggilan Khusry tidak diendahkannya.
“Amboi…budak ni…sejak bila kau pandai berangan” omel Khusry.
“Woi…Daniel!!!” sergah Khusry.
“Hah…apa?” kata Daniel setelah terkejut apabila disergah.
“Apa, apa…apa yang apa tu? Eh, sejak bila yang kau ni pandai berangan hah?” tanya Khusry.
“Alah kau ni, nak berangan sikit tak boleh…kacau lah” kata Daniel.
“Kau ni… eh, jom lah pergi…aku dah lapar lah..” kata Khusry.
“Ok…ok..jom…aku pun dah lapar ni.” ajak Daniel.
Hampir lewat petang Daniel baru pulang dari rumahnya. Daniel sengaja pulang lewat ke rumah. Daniel menyepak-nyepak tin minuman di tepi jalan. Sudah seminggu mamanya telah meninggalkan mereka sekeluarga. Bagi Daniel, dia berasa bersyukur, walaupun mamanya telah tiada, masih ada Mak Jah yang memahaminya.
“Mak Jah!!!!!” sergah Daniel dari belakang.
“Opocot mak kau terbang….terbang…eh, terbang, terbang” Mak Jah melatah.
“Hahaha…Mak Jah melatah rupanya.” kata Daniel.
“Eh, budak ni,bagi salam tak, apa tak, main redah jer. Ni Mak Jah nak tanya, kenapa balik lambat sangat? Nanti kalau papa balik, tengok kamu baru pulang, dia bising-bising pulak.” kata Mak Jah.
“Ala Mak Jah ni…rileks lah, tu pun nak takut. Tak ada apa-apa lah. Ok lah Mak Jah, Daniel naik atas dulu.” kata Daniel.
“Hmm, ye lah…lepas tu turun makan. Mak Jah akan siapkan makanan.” kata Mak Jah.
“Ala Mak Jah ni, tak payah nak susah-susahkan diri Mak Jah tu. Daniel dah makan tadi dekat luar dengan Khusry. Kalau macam tu Mak Jah, saya naik dulu.” Kat Daniel.
“Hmm… ye lah.” kata Mak Jah.
Daniel masuk kedalam bilik dan merebahkan dirinya ke atas katil. Daniel berasa penat kerana seharian belajar dengan Khusry di kopitiam siang tadi. Akibat terlalau penat belajar siang tadi, Daniel pun tertidur. Setelah malam tiba, Ash baru pulang dari pejabat.
“Assalamualaikum…” ucap Ash.
“Waalaikumussalam, Ash, lewat kamu pulang hari ni. kerja banyak ke dekat pejabat?” tanya Mak Jah.
“Boleh tahan lah Mak Jah. Kalau saya sibuk pun sekurang-kurangnya boleh lah saya lupakan apa yang saya dah buat dekat arwah. Saya tahu yang saya banyak buat salah dekat Daniel dan mamanya. Kesilapan saya memang tidak boleh dimaafkan. Saya pernah kehilangan orang yang saya sayang dalam hidup saya sebelum arwah muncul. Saya rasa mungkin Mak Jah tahu siapa yang saya maksudkan. Saya tak sangka yang perkara ni akan berlaku lagi.” kata Ash.
“Mak Jah faham Ash, Ash kena ingat yang hidup kita ni sentiasa di uji. Kalau kita di uji, bermakna, Allah sayangkan kita.” kata Mak Jah.
“Saya tahu Mak Jah. Sebab tu bila saya sambung pengajian saya di UK, saya ingat saya boleh lupakan dia dan semua kenangan kami bersama, rupa-rupanya, tak.” kata Ash.
“Ash, lari dari masalah, bukan satu penyelesaian. Menambahkan masalah adalah.” kata Mak Jah.
“Saya tahu Mak Jah. Mak Jah, Daniel mana?” tanya Ash.
“Ada dalam bilik, nak Mak Jah panggilkan ke?” tanya Mak Jah.
“Tak payah Mak Jah. Biarlah dia berehat, saya tak nak gangu dia.” Kata Ash.
“Kalau macam tu baik lah, Ash nak kopi? Mak Jah buatkan.” Tanya Mak Jah.
“Boleh jugak… tapi Mak Jah, sebelum tu, faham-faham je lah…” kata Ash samba menggosok-gosokkan perutnya.
“Ish, kamu ni, perangai tak ubah-ubah macam dulu. Dari kecil sampailah besar dan dah kahwin, ada anak pun. Yelah, Mak Jah buatkan, tapi naik atas, mandi, solat lepas tu baru turun makan.” kata Mak Jah.
“Baik lah Mak Jah.” kata Ash.
Ash berjalan menujuk ke biliknya. Ketika dia melintasi bilik Daniel. Pintu bilik Daniel terbuka sedikit. Ash masuk kedalam kerana ingin melihat keadaan Daniel. Dia meneliti muka Daniel, kelihatan ada kesan lebam dipipi anaknya.
“Daniel…Daniel… bangun, dah maghrib ni, bangun mandi, solat, lepas tu turun makan ye,” kata Ash.
“Mak Jah, nanti lah Daniel bangun. Daniel penat lagi.” kata Daniel.
“Daniel, bangun, ni papa, bukan Mak Jah.” kata Ash.
Daniel bangun lalu menggosok-gosok matanya. Dia terkejut yang berada dihadapannya itu, adalah papanya, bukan Mak Jah.
“Papa…” kata Daniel, lidahnya terkelu.
“Dah, bangun. Maghrib dah nak habis ni.” kata Ash.
“Baik pa…” kata Daniel.
“Ish, dah terkantoi lah pulak. Nasib baik esok tak sekolah, boleh lah aku tidur lewat sikit malam ni.” desis hati Daniel.
Daniel bangun dan masuk kedalam bilik air lalu membersihkan dirinya. Setelah itu,
Daniel solat dan turun ke bawah.
“Daniel, nak kemana tu?” tanya Ash.
Daniel berhenti berjalan.
“Nak duduk luar pa, nak hirup udara segar.” kata Daniel.
“Kalau macam tu, mari makan dulu.” kata Ash.
“Tak apa lah pa, Daniel tak lapar lagi, kalau Daniel lapar nanti, Daniel makan lah.” kata Daniel.
“Betul kata papa tu Daniel, mari makan dulu, nanti perut masuk angin” kata Mak Jah.
“Ok lah Mak Jah.” kata Daniel dengan berat hati.
Ash sengaja mengajak Daniel makan bersamanya. Mula-mulanya Daniel menolak tetapi Mak Jah mendesak, Daniel terpaksa akur.
“Macam mana belajar? Ok?” tanya Ash.
“Ok papa.” kata Daniel.
“Ok jer?” tanya Ash.
“Ya papa” kata Daniel.
“Daniel dah kenyang, sekarang Daniel nak naik atas. Mak Jah, Daniel naik dulu.” kata Daniel.
“Hmm..ya lah” kata Mak Jah
“Sepatah saya tanya, sepatah dia jawab” kata Ash.
“Sabar lah Ash, bagi dia sedikit masa lagi.” kata Mak Jah.
No comments:
Post a Comment